28 Jun 2010

2 Hari di Padang MPK

Penat betul 2 hari ni koi rase weh.Mane taknye bahan merayak kat Jom Heboh la.Tapi koi rase tahun ni macam banyok mende yang kurang.Tak macam2 tahun sebelum ni.Tahun ni lebih kepade barang jualan.Dulu banyok juge info2 yang koi rase bergune untuk orang ramei.Nampok macam ramei.Tapi kala banding dengan tahun2 lepas koi rase tahun ni paling kurang pengunjung.
Dah penat jalan2 koi nyinggoh kat Hotlink je layan Sofaz dan Tomok buat persembahan.Teringin je rase nok nyanyi.Tapi koi main gitor pun tak berape menjadi.Zimi Sofaz pernoh kabo kala boleh main gitor sambil menyanyi,mudoh je seme ter.Tanye orang lain koi segan weh.Tanye anok buah sendiri senang sikit.Haha..

Pusing2 kat Jom Heboh ni jumpe pulok rodong lame koi ni tengoh promote pakej Broadband Celcom.Aii...Takkan termenung kot.Dah ke gone rodong.Panas weh.InsyaAllah lepas ni koi pakei Broadband Celcom.

22 Jun 2010

Jom Heboh

Jom Heboh kembali lagi kat Kuantan pade 26 dan 27 Jun ni.Kala tak ande aral nok juge koi pegi.Tahun lepas dan la menjengok sekejak.Kitnye ujan mase ter.Tahun ni entoh la.Bising ter memang bising la tapi ande banyok mende boleh kite dapat di sini.Nok tau,moh la ke Kuantan weh

21 Jun 2010

Signboard beratur

Tiak kali kala balik kampung mesti koi lalu kat signboard berderet ni.Letoknye dia antare Sungei Nerek dan Jengka 19 menghale ke jalan highway.Teringin juge koi nok mengire ande berape seme sekali.Boleh juge ngilang2 ke boring macam jaman kecik2 dulu.

20 Jun 2010

Hari Terbuke TUDM ke 52

Semalam koi pegi jengok2 Hari Terbuke TUDM ke 52.Popaleh merioh weh.Ande siak kabo nok berkampung de situ.Berbagei2 mende deme buat rupenye.Ande pertunjukan oleh pasukan khas udare,pameran aset2 TUDM,ande karaoke kelolaan RTM,pertunjukkan pentas,gerai jualan dan banyok lagi.Panas popaleh la,tapi orang ramei semacam.

Koi rase koi dah tinggi,tapi mamat ni lagi tinggi weh Kala la koi dapat bawok....
Boleh juge pergi ke hutan cari pokok tualang yang tinggi
Rase koi care ni boleh buat cari madu leboh tualang..
Comey je hidung menatang ni.Macam Pinocchio le pulok
Tak gayat ke deme ni..
Teringat ke cerite Rambo kala dah berantei gini weh..
Berat popaleh menatang ni..
Ngilang ke penat jak.Panas woo....
Agok2nye kala buat neropong makwe comey,mendapat tak kayu 2,3 atas belakang ni?..

17 Jun 2010

Serok Lagi

Pade 25hb bulan lepas koi demam sampei hilang sore 3 hari.Sekarang demam dah okey tapi sore brutel semabam je.Air limau dah bahan,air asam jawa dah bahan tapi tak beruboh juge.Pintu klinik pun dah boring nengok muke koi.Adoiii.....Gone weh.Adik koi suruh cari kurma.Tapi puas koi cari semalam tak berjumpe.

14 Jun 2010

Musim Derian Weh

Lebat le pulok derian kat Gelanggi ni. Nak ke weh.Sedak ni..
Aaaaa.......Deriannn.....Pak Lang tak ajok Yana ye.
Nok satu Pak Lang
Nyammi.....Sedap....
Pas sekali Mak Lang....Ermmm...Nok lagi..

06 Jun 2010

Kene Kursus

Lame weh tak jengok kat blog koi ni.Dah bersawang rupenye.Gone ke pulok koi tak berape sehat lagi.Sore maintain Ramli Sarip.Baru2 ni koi ke Residence Inn Cherating.Ande kursus de sane.Demam2 pun kene pegi.Adehh.....Jangan dia suruh menjerit dah.

Tapi gone pulok.Hari pertame je dah kene menjerit dalam dewan ter.Kene berjoget chiken dance lagi.Berpeluh dalam tempat beraircond.Hu..hu..Molek amat sesekali ngikut kursus memotivasikan diri ni.Berbagei mende diterapkan.Tapi satu je yang koi daye.Sore koi ilang balik.Adoiiiii......


04 Jun 2010

Syair Ketuhanan Wali 9

Bismillah itu mula disebut
Rahman dan Rahim sifat mengikut
Dunialah akhirat nyatalah luput
Jalan hakikat pula diturut

Alhamdulillah pujinya insan
Rabbil Alamin sifatnya Tuhan
Selawat Nabi akhir zaman
Muhammad Amin Abi Burrahman

Jalan yang takzim pula dikata
Atas Nabi junjungan kita
Sahabat yang empat nyatalah serta
Tiada berhenti sekejap masa

Jalan hakikat sangat terbilang
Tiada binasa urat dan tulang
Daging dan darah tiada hilang
Maka sifat itu dibawa pulang

Jikalau sifat kita sudah binasa
Kepada Nabi tiada berjumpa
Segala amalan tiada tiba
Tiada dapat syurga yang baqa

Jangan binasa sifatmu tuan
Tiada berjumpa hamba dengan Tuhan
Hakikat kita tinggal di jalan
Segala amalan menjadi haiwan

Jikalau begitu kita tidak mengkaji
Kepada Nabi mendapat keji
Malaikat tiada membawa wahi
Allah tiada mungkirkan janji

Mengenal Tuhan tak boleh nyata
Kerana tak boleh dipandang mata
Hingga diri jua dicita
Kenal olehmu sifatnya kita

Tatkala Adam dengannya Hawa
Dendam berahi antara keduanya
Nafi dan isbat itulah dia
Kepada kita menjadi rahsia

Cari guru mengenal diri
Yang diamanat olehlah Nabi
Jangan takut penat dan rugi
Asalkan dapat ilmu sejati

Guru yang mursyid hendaklah dicari
Itulah ulama yang mewarisi Nabi
Jika di situ dia mengajari
Di situlah tuan menyerah diri

Wahai sekelian saudaraku
Mengenal waktu biarlah tentu
Jikalau tak kenal waktu itu
Akhirnya kamu menyembah batu

Waktu kita di alam roh
Berkata Allah kepada nyawa
Bukankah Aku Tuhanmu segala?
Betullah itu Tuhan katanya nyawa

Jadi olehmu mursyid yang utama
Yang sebenar makrifah boleh dibawa
Seperti badan dengannya nyawa
Dunia akhirat bersama-sama

Hakikat makrifat menyucikan badan
Air maal hayat yang menjalankan
Zikrullah yang diasyikkan
Kurangkan tidur ataupun makan

Jalan hakikat bukan kepalang
Jalan disuluh semuanya terang
Zahir dan batin semuanya lapang
Kerana Sir yang Empunya pandang

Wahai saudaraku dengarlah tuan
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan
Itulah pakaian Wali Sembilan

Kuatnya tubuh itulah nyawa
Sekalian yang zahir takluk padanya
Syurga yang tujuh dia yang punya
Kepada kita menjadi rahsia

Jalan hakikat sangat terpilih
Hendaklah tahu asalnya benih
Nafi di dalam hati yang putih
Makrifat kita barulah jernih

Adapun sifat makni tidak bersekutu
Sifat Allah namanya itu
Tiada boleh bandingkan sesuatu
Wujud Allah namanya itu

Tuntutlah ilmu walau di mana
Amal dan ilmu tiada terhingga
Amal tanpa ilmu diazab kita
Di akhirat tiada berguna

Kejadian kita dari air yang lazat
Cahayanya seperti kilat
Tatkala asyik tiada ingat
Barulah ada junub dan janabat

Di wadi mani manikam
Asalnya ia daripada kalam
Dengan kudrat Tuhan Khaliqul Alam
Yang menjadikan tubuh anak Adam

Jikalau begitu kita tidak mengkaji
Kepada Tuhan mendapat keji
Malaikat tiada membawa wahi
Allah tiada mungkirkan janji

Jika tariqat hendak dibawa
Carikan guru akan petuanya
Supaya kita jangan bertuhankan nyawa
Hakikat kita tiada derhaka

Syarat rukunnya sudah diketahui
Sah batalnya demikian lagi
Amal diterima Tuhan Ilahi
Syarat rukunnya sudah diketahui

Siapa beramal dengan jahalnya
Tiada tahu sah batalnya
Amal tiada diterima Tuhannya
Di dalam neraka kekallah ia

Wahai sekelian saudara-saudaraku
Mengenal Ka'abah biarlah tentu
Jikalau tak kenal Ka'abah itu
Akhirnya kamu menyembah batu

Wahai saudara tua dan muda
Fikirkanlah kamu sentiasa
Janganlah seperti orang yang buta
Tinggal ilmu mencari harta

Hidup tiada ingat akan mati
Bersukaria sepanjang hari
Hanya harta dapatkan diri
Tiga lapis kain kafan saja Ia beri

Jalan hakikat bukan kepalang
Jalan disuluh semuanya terang
Jikalau hati syak dan waham
Cahaya yang terang menjadi kelam

Wahai sekalian saudara-saudaraku
Jalan hakikat demikianlah itu
Jikalau boleh pintalah selalu
Jangan binasa sifatmu itu

Hati yang mukmin suci dan ikhlas
Laksana air di dalam gelas
Cuci hatimu seperti kapas
Makrifah kita barulah jelas

Syariat itu martabatnya tinggi
Yang dipakai oleh Sayyidina Ali
Barangsiapa dapat asalnya jadi
Yang bergantung tiada bertali

Syariat tariqat terlalu mulia
Itulah pakaian Wali Ambiyya
Barangsiapa dapat asalnya
Bolehlah membawa badan serta nyawa

Berhati hati ketika berjalan
Takut kaki terpijak duri
Belajar baik baik jalan Ketuhanan
Jangan sampai bertuhankan diri

Baik baik menebang buluh
Buluh ditebang dikerat kerat
Hati hati mengenal tubuh
Didalam tubuh adanya sifat