07 Oktober 2009

Base Jump

Hari minggu baru ni koi nengok orang terjun bangunan Teruntum.Bukan calang2 orang boleh buat weh.Datuk Shafik Fauzan Sharif siak cabor mat2 rempit sertai aktiviti ekstrem ni ha.Kerajaan Negeri akan berusaha anjurkan kursus untuk mereka.Ande berade ke ???
Hari ter 16 orang telah membuat penerjunan iaitu dari Malaysia,Australia,India,New Zealand dan Turki.Banyok lagi tempat akan diadakan acare Base Jump ini.Pahang merupakan destinasi pertame dan sekaligus menjadi perasmian sukan ekstrem yang julung2 kali diadakan.Anok Pahang pun ande masuk juge weh...


02 Oktober 2009

Seminggu Selepas Raye

Diam tak diam dah setahun koi kerje kat Kuantan ni.Sebelum ni koi bertugas di Selangor.Ratelah kawasan P.J ter koi redoh.Mikir ke ekonomi di KL make koi mintok la tukor ke Pahang ni.Alhamdulillah permohonan diluluskan.Terkeranjat popalih la.Mane tak nye dapat surat tukor hari Jumaat 29 Ogos 2008 kene lapor diri Isnin 2 Sept 2008.Jenoh mengangkut weh.Kene pulok dekat2 nok pose pulok.
Dalam pade ter koi cari la rodong rapat koi ni Rosli b Ramli.Tapi apakan daye tak berjumpe2.Satu hari seminggu selepas raye rodong sekerje koi ngabor ke si Rosli ni berade di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan akibat jatuh dari tempat kerje.Keesokkan hari nye koi dapat tahu dia dah meninggal.Innalilla hiwainna ilaihirojiun.2,3 tahun lepas sekolah lagi koi cube cari tapi bile berjumpe dia dah pergi.Seminggu selepas raye,setahun sudoh berlalu.Kini koi teringat kat dia lagi.Al-Fatihah....