18 Mac 2011

Ngandung Dah.

Baru2 ni koi dapat tahu ipor koi Rin ni ngandung 2 bulan.Suke popaleh adik koi Nuar ni.Jangka nye bulan 10.Kene pantang ngail la nampoknye Nuar ni.Haha....Dapat anok sedare lagi la nampoknye koi nye.

13 ulasan:

  1. Salam, meriah kita yak namboh lagi anak buah :)

    BalasPadam
  2. tahniah lah weh..

    BalasPadam
  3. tamboh lagi anok sedar aok, tahniah la..!

    BalasPadam
  4. anok sedare bertamboh...anok sendiri bila lagi nok tamboh...?ngeh...

    BalasPadam
  5. Sallam,
    Bertamboh lagi keluarga,
    Bertamboh lagi cucu mok aboh,
    Mesti gembira deme tu,
    Tahniah.

    BalasPadam
  6. tamboh beso le kluarga yer... merioh raya nanti

    BalasPadam
  7. salam..
    tanda keberkatan pernikahan tu,cepatlah mengandung pasangan pompuannya..moga di berkati Allah selalu..tahniah la aok nak dapat anak sedara tak lama lagi nih..

    BalasPadam
  8. * Wa'alaikumsalam AAP.Gitu lah ampok gayenye.

    * Terime kaseh Hisyam

    * Terime kaseh Alimaz

    * Terime kaseh Yastro

    * Memang menunggu.Terime kaseh Cekwa

    * Sabor2 Sham.InsyaAllah

    * Same2 Lipislady.Memang gembire teramat sangat

    * Tu memang dah Cemomoi.Merioh weh raye

    * Same2 Sonata

    * Wa'alaikumsalam Zulkbo.Pernikohan juge dapat memanjangkan zuriat yag ande.Terime kaseh

    BalasPadam
  9. Laaa.. mati-mati koi ingat ke ecah nok dapak adik.. ishhh

    BalasPadam
  10. Teringat cerita lucu ini.Keras perut weh.
    Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
    isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
    period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
    kena gi check kat doktor."

    Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
    tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
    ianya benar2 pasti.

    Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
    terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
    TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
    ada apa encik"

    Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
    boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

    Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
    tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

    Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
    semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

    Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
    "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

    Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
    sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

    Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
    nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
    dari situ..

    Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
    pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
    berdekatan..

    Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
    memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
    heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
    sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

    Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
    keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
    perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
    naik berang.

    "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

    Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
    punya..........."

    Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
    apaaaaaa???

    Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
    AJERRRLAAAAAAAA"

    ???????????????????.....................

    BalasPadam